Thursday, 17 November 2011

Mudahnya mengajar seni.

Seni visual merupakan satu pelajaran yang cukup mudah dan menyeronokkan untuk diajar di sekolah.Dengan sedikit kreativiti guru berbagai cara dan kaedah dapat diajar kepada murid.



Lihat contoh hasil kerja murid saya...

GENTELAN KERTAS
TOPENG MUKA 3D



KOLAJ MENGGAMBAR IKAN
KOLAJ MENGGAMBAR BUAH EPAL
KOLAJ MENGGAMBAR RUMAH
MENCORAK HIASAN DINDING














MENCORAK HIASAN DINDING























MENGGAMBAR PEMANDANGAN













MENGHASILKAN CORAK PENANDA BUKU

MENGHASILKAN PENANDA BUKU





















 
MENGHASILKAN CORAK KERTAS PEMBALUT HADIAH



 Setiap naskah yang dihasilkan hanya memerlukan 2-3 langkah sahaja.Ianya amat mudah dan praktikal untuk diaplikasikan pada murid anda.........cubalah sendiri


Untuk menghasilkan kolaj menggambar ikuti 3 langkah berikut:
 
  • Lengkapkan lakaran gambar yang hendak dihasilkan.Gunting kertas warna yang sesuai berbentuk segi empat dalam pelbagai saiz.
  • gamkan kertas warna tersebut pada lakaran yang telah dibuat.
  • Susunkan keratan kertas warna mengikut warna yang sesuai dengan kemas untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  


Untuk menghasilkan topeng muka 3D ikuti 3 langkah berikut:
  • Warnai topeng muka dengan warna yang sesuai.
  • Tunggu warna kering dan sapu warna sekali lagi untuk mendapatkan hasil yang cantik.
  • Pasangkan tali pengikat dan siapuntuk digayakan.......



Untuk  membuat corak kertas pembalut hadiah ikuti 3 langkah berikut:

  • Kumpulkan bahan maujud yang boleh digunakan untuk mencetak seperti benang,garfu.penyedut minuman dan sebagainya.
  • Warnai kertas dengan warna yang yang terang untuk kelihatan menarik.
  • Hasilkan corak yang dikehendaki...saksikan hasilnya.

Semoga cikgu semua dapat mencuba bersama murid-murid .......SELAMAT MENCUBA!!!

PERHATIAN://PAMERKAN HASIL KERJA MURID CIKGU SUPAYA MEREKA AKAN BERBANGGA DENGAN KERJA MEREKA.....macam cikgu dulu-dulu juga....